Assalamualaikum , haihh rasa dah lama tak update blog ni . Ahaha busy kerjakan so tak sempat nak menghadap laptop ni . Well , hari ni kita curi masa sikit nak update blog kita nii . Pasal kita pegi iCity dengan dia . Hihi , sebelum lost memory baik aku update . Aku ni senang sikit lost memory , ahaha xD
Okayy , aku pegi dengan dia naik moto . Gerak dalam pukul 3 lebih , tapi sampai sana kul 6 lebih sebab kitaorang asyik sesat je . Tu baru naik moto bukan keta tauu . Haa , aku dengan dia pegi sana pakai maps , hahaha yang kelakarnya pegi tu boleh je sesat . Dia pun sabar je layan kerenah aku , hihi .
So dah sampai tu , aku tengok muka dia muka penat je . Kesian aku tengok dia , hmm . Pegi iCity ni pun atas permintaan aku , bila tengok muka dia penat , aku jadi serba salah . Hmmm , bila aku cakap macamtu kat dia , dia kata , "Takde apalah , jangan nak rasa serba salah . Benda kita dah janji nak bawak pegi sini kann?" . Bila dia cakap macamtu , pehh rasa sayang gilalah kat dia . Haha , serius weyy . Pengorbanan dia , aku takkan lupa :')
Dah sampai sana , tunggu lampu buka . Then kat situ ada permainan kapal yg dia pusing separuh je bukan satu bulatan macam kat sunway . Hihi , aku ya ya je ajak dia naik benda tu . Last last aku yang takut sebab aku ni gayat orangnya . Ahaha , menjerit aku dalam tu . Dia duk gelak gelak , memang aku cakap budak ni memang nak kena dengan aku . Ahahaha
Lepas tu naik apa benda tahh nama dia , lupaa . Ahaha tapi kat sana bila dah buka lampu memang lawa . Terpegun aku jap sebab banyak lampu . Hihi , tangkap gambar apa sume baliklah KL . Bila balik pun ada juga sesat sebab kitaorang ikut laluan moto bukan keta sume tu . Ahahaha
Dah sampai dah KL , kat area bangsar sana tapi bila nak kuar dari laluan moto tu dah pelik dahh sebab macam takde jalan keluar . Ahaha , last last dapat juga kuar . Malam tu juga ada bbq kat pizza , saje je buat sempena hari raya . Ahaha padahal hari raya dah lama dah habis . Hihi xD
Then lepas ni cadang nak pegi sunway pula nak main yg pusing 360 tu . Ahaha , dia cabar aku derr . Bila dia dah cabar aku , aku pun rasa pehh terasa tercabar so aku nak pegi juga walaupun aku ni gayat orangnyaa . Ahaha , inshaAllah , kalau takde pape aku akan pegi dengan dia cukup bulan ni :)