Assalamualaikum , hii . Just nak share dengan korang je tak lama lagi ada orang baru dalam keluarga aku . Bukan seorang tapi dua orang . Haha , excited tahu tak . Okay okay , aku nak cerita ni . Sabar okayy :)
Firstly , abang aku nak kawin bulan ni dengan awek dia . Sekian lama bersemai cinta , mungkin dalam 4 tahun dah dorang couple akhirnya ke jingjang pelamin juga . Hihi alhamdulillah , syukur . Semoga segalanya dipermudahkan . Okay , abang aku nikah 31hb ni . Tahun baru cina lah kan so time tu aku cuti seminggu je . Ahaha , so kenduri belah perempuan 1hb ni so aku bolehlah datang kenduri kawin belah perempuan je . Belah laki aku tak dapat pegi tapi aku nak pegi juga sebab time abang aku tunang aku tak pegi sebab ada hal tertentu .
So , apa apa aku kena inform kat mak aku yang aku nak balik kluang nti sebab ada kenduri kawin belah laki . Hihi , rasa aku pula yang nak kawin . Muahaha , takpe takpe . InshaAllah , 2 3 tahun lagi aku pula naik pelamin dengan Si Dia :) inshaAllah , moga dipermudahkan segalanyaa . Aku memang nak ikat hubungan aku dengan dia cepat cepat tapi sekarang ni aku tengah belajar . Ya Allah , moga segalanya dipermudahkan . Aku nak hubungan aku dengan dia diikat dengan perkahwinan dan hingga ke Jannah , inshaAllah :)
Kepada abang aku , Syamil Asyraq . Semoga bahagia dengan bakal isteri . Pimpin isteri dengan baik dan jalan yang benar ,cepat cepatlah dapat anak yaa ! :P nak ramai anak buah baru best . Ahaha , moga segalanya dipermudahkan . Hihi , okay okay cerita yang pertama dah selesai dahh . So , cerita yang kedua pulaa .
Cerita yang kedua pula , aku dapat anak buah baru . Nama dia Nurul Aleesya Eryna . Ahaha , berat dia 3.4kg . Berat kan ? Ahaha , aku dah jumpa anak buah aku tuu . So so cute yoalls ! Ahaha , hari tu dia masuk hospitak balik sebab kena demam kuning so alhamdulillah dia dah kuar dah . Hihi , tak sabar nanti nak jumpa dia lagi . Harap harap kenduri kawin nanti dia datang :D